Friday, October 17, 2014

Rasa Hati

Hai blog.. Lama aku tak 'update' blog aku ni.. huhu... Aku seperti biasa... Bekerja untuk memberikan kekayaan pada orang lain.. hehe.. Sedar tak sedar dah nak hujung tahun 2014 dah kan. Terasa macam baru semalam 2014 ni muncul. Dari awal tahun sehinggalah ke Oktober bulan kelahiran aku macam2 benda dah jadi. Tak pe lah semua tu biarlah aku pendamkan semua. No need to know lah.. hahaha... Tahun 2014 ni macam memberi petanda bahawa aku kena buat perubahan yang drastik dalam hidup aku. Tapi perubahan yang macam mana tu aku belum tahu lagi sebab aku belum jumpa lagi apa yang perlu aku ubah. Tapi dalam kotak pemikiran ni telah muncul pelbagai perubahan yang aku perlu buat. Hanya tunggu masa dan ketika sahaja untuk aku buat perubahan tersebut.

Kenangan yang dulu bagaikan semalam tercipta.
Aku hidup dengan kenangan yang dicipta bersama tanpa jemu.
Kenangan juga yang bisa membuatkan seseorang itu menjadi lebih matang serta kuat untuk menghadapi masa hadapan.
Jangan dibuang kenangan dahulu kerana kita tidak mungkin dapat hidup tanpa ada kenangan.

- zamnimax -


No comments: