Wednesday, October 22, 2014

23 Oktober

Assalamualaikum. Hai blog, aku berasa bersyukur sangat hari ini 23 Oktober genaplah aku 27 tahun. Selama 27 tahun ini macam2 yang telah aku lalui sama ada suka mahu pun duka. Bagaikan semalam rasanya aku berjumpa dengan 23 Oktober 2013. Hahaha. Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk hidup di atas muka bumi ini. Masih lagi diberikan kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-NYA. Masih diberikan peluang untuk berbakti serta merasai kenyamanan di muka bumi ini.

Hujan yang turun membasahi bumi seakan akan tahu hati ini sedang menangis, membentak serta galau.
Apakah ianya akan berterusan atau hanya sementara.
Hanya DIA sahaja yang tahu nasib hamba-NYA samada akan selamanya di uji dengan ujian untuk meneruskan kehidupan yang berliku.

- zamnimax -

Friday, October 17, 2014

Rasa Hati

Hai blog.. Lama aku tak 'update' blog aku ni.. huhu... Aku seperti biasa... Bekerja untuk memberikan kekayaan pada orang lain.. hehe.. Sedar tak sedar dah nak hujung tahun 2014 dah kan. Terasa macam baru semalam 2014 ni muncul. Dari awal tahun sehinggalah ke Oktober bulan kelahiran aku macam2 benda dah jadi. Tak pe lah semua tu biarlah aku pendamkan semua. No need to know lah.. hahaha... Tahun 2014 ni macam memberi petanda bahawa aku kena buat perubahan yang drastik dalam hidup aku. Tapi perubahan yang macam mana tu aku belum tahu lagi sebab aku belum jumpa lagi apa yang perlu aku ubah. Tapi dalam kotak pemikiran ni telah muncul pelbagai perubahan yang aku perlu buat. Hanya tunggu masa dan ketika sahaja untuk aku buat perubahan tersebut.

Kenangan yang dulu bagaikan semalam tercipta.
Aku hidup dengan kenangan yang dicipta bersama tanpa jemu.
Kenangan juga yang bisa membuatkan seseorang itu menjadi lebih matang serta kuat untuk menghadapi masa hadapan.
Jangan dibuang kenangan dahulu kerana kita tidak mungkin dapat hidup tanpa ada kenangan.

- zamnimax -