Friday, November 21, 2008

Cinta...

Apa itu cinta??? Cinta adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cinta hanya dapat ditunjukkan melalui perbuatan. Cinta adalah umum, seperti cinta pada Allah, cinta pada Rasul dan Nabi, cinta sesama manusia, cinta pada haiwan, cinta pada tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi. Jika cinta pada sesama manusia ianya melibatkan hati dan perasaan seseorang kepada orang yang disayangi. Cinta yang sebegini juga umum, seperti cinta pada keluarga, sahabat handai, cikgu, jiran tertangga dan banyak lagi. Jika cinta yeng melibatkan seorang gadis dan seorang teruna bagaimana??? Itu adalah cinta yang melibatkan dua perasaan. Benarlah kata orang cinta itu buta dan cinta tidak mengenal usia. Seperti yang boleh kita lihat sekarang, demi cinta mereka sanggup melakukan apa sahaja. Walau terpaksa berkorban harta, nyawa mahupun diri. Dan cinta juga boleh membuatkan seseorang membantah keputusan kaum keluarga yang menolak cinta mereka. Demi cinta juga mereka sanggup dihina dan dicaci masyarakat. Itulah kuasa cinta. Tapi adakah hebat cinta itu jika seorang gadis sanggup merelakan dirinya menjadi tempat melepaskan nafsu seorang teruna tanpa mempunyai sebarang ikatan yang sah??? Jawapannya adalah cinta sebegitu tidak hebat. Kenapa??? Kerana cinta sebegitu hanyalah berdasarkan nafsu semata-mata. Jika benar cinta mereka hebat dan kukuh mengapa mereka tidak terus sahaja mengikat hubungan itu dengan sah. Jika termetrai suatau ikatan yang sah barulah ianya dianggap cinta yang benar-benar hebat dan suci. Pada anda apa itu cinta???

No comments: